Isnin, 21 Februari 2011

BAB: IMAN hadith no. 28

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا ، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا ، اؤْتُمِنَ خَانَ ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Daripada Abdullah bin 'Amr RA katanya, Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Sesiapa yang memiliki empat perkara ini, maka dia adalah seorang munafiq yang sebenar-benarnya. Dan sesiapa yang memiliki salah satu daripada empat perkara tersebut, maka dia memiliki sifat orang munafiq, sehinggalah dia meninggalkan sifat itu. Empat sifat tersebut ialah:

1) Apabila diberi amanah, dia mengkhianatinya
2) Apabila berbicara, dia dusta
3) Apabila berjanji, dia memungkirinya, dan
4) Apabila dia bertengkar, dia akan berkelakuan dengan sangat hina. ))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan