Memaparkan catatan dengan label Abu Hurayrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abu Hurayrah. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mac 2011

BAB: ILMU hadith no. 49

عَنْ أبي هريرة، قَالَ : بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ ، فَقَالَ : مَتَى السَّاعَةُ ؟ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ : سَمِعَ مَا قَالَ ، فَكَرِهَ مَا قَالَ ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ : بَلْ لَمْ يَسْمَعْ ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ ، قَالَ : أَيْنَ السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ ؟ قَالَ : هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ :إِذَا ضُيِّعَتِ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ، قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا ؟ قَالَ : إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ


Daripada Abu Hurayrah RA, katanya: Ketika Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sedang berbicara kepada sebilangan besar orang dalam satu majlis ilmu, seorang A'rabiy (Badwi) telah datang dan bertanya kepada baginda:

"Bilakah akan berlakunya hari Qiamat?"

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam meneruskan kata-katanya terhadap orang-orang yang datang dalam majlis itu (tanpa menjawab pertanyaan orang Badwi itu). Lantas beberapa orang berkata:

"Rasulullah sollallahu alaihi wasallam mendengar pertanyaan orang itu, tetapi nampaknya baginda tidak sukakan pertanyaan sebegitu." Beberapa orang yang lain pula berkata:

"Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tidak mendengar pertanyaan itu."

Setelah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam selesai menyampaikan kata-katanya, baginda bertanya:

(( Di manakah orang yang bertanya (tentang hari qiamat) tadi? ))

Jawab lelaki Badwi itu:

"Aku di sini Ya Rasullallah!"

Kata Rasulullah (menjawab persoalan tadi):

(( Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari qiamat (berwaspadalah akan kedatangannya kerana ia amat hampir). ))

Tanya lelaki itu lagi:

"Apakah maksud amanah disia-siakan?"

Jawab baginda sollallahu alaihi wasallam lagi:

(( Apabila sesuatu urusan iu dipertanggungjawabkan kepada orang yang bukan ahlinya (yang tidak tahu menguruskannya atau yang tidak jujur dalam menunaikannya), maka tunggulah kedatangan hari Qiamat (berwaspadalah akan kedatangannya kerana ia amat hampir). ))

Rabu, 2 Mac 2011

BAB: IMAN hadith no. 39

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنَ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ


Daripada Abu Hurayrah RA, katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Barangsiapa yang mengiringi jenazah seorang Muslim, dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan terhadap ganjaran daripada Allah semata-mata (ikhlas), dan dia tetap ada bersama sehingga ia (jenazah) disolatkan dan urusan pengebumian selesai, sesungguhnya dia akan pulang dengan membawa pahala dua qirat, setiap satu qirat adalah sebesar Gunung Uhud. Dan barangsiapa yang turut serta dalam solat jenazah, akan tetapi pulang sebelum selesai urusan pengebumian, maka dia akan pulang dengan membawa pahala satu qirat. ))

Khamis, 24 Februari 2011

BAB: IMAN hadith no. 33

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ


Daripada Abu Hurayrah RA katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Sesungguhnya agama Islam itu mudah, dan barangsiapa yang sengaja memberat-beratkannya, maka sudah pasti dia akan dikalahkan oleh agama (tidak mampu melakukan amal meski yang mudah & ringan, lantas tidak dapat istiqamah dalam beramal). Kerana itu, kerjakanlah setiap suruhan agama, dan berusahalah untuk mengerjakannya sesempurna yang kamu mampu, dan bergembiralah (dengan pahala yang menanti kamu). Dan mintalah pertolongan (juga kekuatan untuk terus beramal) daripada Allah (dengan beribadah) pada waktu pagi, petang, dan sebahagian malam. ))


Rabu, 23 Februari 2011

BAB: IMAN hadith no. 32

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurayrah RA katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap ganjaran daripada Allah semata-mata, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. ))

BAB: IMAN hadith no. 31

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurayrah RA katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Barangsiapa yang mendirikan solat malam dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap ganjaran daripada Allah semata-mata, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. ))

BAB: IMAN hadith no. 30

عن أَبَي هُرَيْرَة ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " انْتَدَبَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا إِيمَانٌ بِي وَتَصْدِيقٌ بِرُسُلِي ، أَنْ أُرْجِعَهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ أَوْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ ، وَلَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي مَا قَعَدْتُ خَلْفَ سَرِيَّةٍ ، وَلَوَدِدْتُ أَنِّي أُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، ثُمَّ أُحْيَا ، ثُمَّ أُقْتَلُ ، ثُمَّ أُحْيَا ، ثُمَّ أُقْتَلُ


Daripada Abu Hurayrah RA katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Barangsiapa yang keluar berperang di jalan Allah, semata-mata kerana dia beriman kepadaku dan demi membenarkan kerasulanku, maka Allah akan memberinya ganjaran samada harta rampasan perang (seandainya dia hidup), atau dimasukkan ke syurga (seandainya dia syahid). Sungguh, andaikata aku tidak menyusahkan umatku, sudah pasti aku akan menyertai setiap peperangan (kerana terdapat peperangan yang Rasulullah tidak sertai yang dalam bahasa Arab disebut sebagai sariyyah). Aku sangat teringin untuk terbunuh di jalan Allah, kemudian aku dihidupkan semula, kemudian aku terbunuh, kemudian dihidupkan kembali, dan kemudian terbunuh lagi. ))


Isnin, 21 Februari 2011

BAB: IMAN hadith no. 29

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ يَقُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Daripada Abu Hurayrah RA katanya, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Barangsiapa yang mendirikan solat pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan ikhlas untuk mendapat pahala daripada Allah semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang terdahulu. ))

BAB: IMAN hadith no. 27

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ ، إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Daripada Abu Hurayrah RA, katanya Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Tanda-tanda munafiq ada tiga: 1) Apabila berbicara, dia dusta, 2) apabila berjanji, dia memungkirinya, dan 3) apabila diberi amanah, dia mengkhianatinya. ))

Selasa, 15 Februari 2011

BAB: IMAN hadith no. 21

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ ، أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ ؟ فَقَالَ : إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ، قِيلَ : ثُمَّ مَاذَا ؟ قَالَ : الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، قِيلَ : ثُمَّ مَاذَا ؟ قَالَ : حَجٌّ مَبْرُورٌ


Daripada Abu Hurayrah RA, katanya: Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah ditanya: "Apakah amalan yang paling utama?" Jawab Nabi sollallahu alaihi wasallam:

(( Beriman kepada Allah dan rasul-Nya ))

Tanya orang itu lagi: "Apakah yang selepas itu?" Jawab Nabi sollallahu alaihi wasallam:

(( Berjihad di jalan Allah ))

Tanya orang itu lagi: "Apakah yang selepas itu?" Jawab Nabi sollallahu alaihi wasallam:

(( Haji yang mabrur )). (Haji yang diterima Allah)

Jumaat, 11 Februari 2011

BAB: IMAN Hadith no. 7

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه والسلام قال: الإيمان بضع وسبعون شعبة والحياء شعبة من الايمان

Daripada Abu Hurayrah RA, dari Rasulullah sollallahu alaihi wasallam, sabdanya:

(( Iman terdiri daripada enam puluh lebih cabang, dan perasaan malu itu adalah antara salah satu cabangnya. ))