Selasa, 15 Februari 2011

BAB: IMAN hadith no. 22

عَنْ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطَى رَهْطًا وَسَعْدٌ جَالِسٌ ، فَتَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا هُوَ أَعْجَبُهُمْ إِلَيَّ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَا لَكَ عَنْ فُلَانٍ ، فَوَاللَّهِ إِنِّي لَأَرَاهُ مُؤْمِنًا ؟ فَقَالَ : أَوْ مُسْلِمًا ، فَسَكَتُّ قَلِيلًا ، ثُمَّ غَلَبَنِي مَا أَعْلَمُ مِنْهُ فَعُدْتُ لِمَقَالَتِي ، فَقُلْتُ : مَا لَكَ عَنْ فُلَانٍ ، فَوَاللَّهِ إِنِّي لَأَرَاهُ مُؤْمِنًا ؟ فَقَالَ : أَوْ مُسْلِمًا ، ثُمَّ غَلَبَنِي مَا أَعْلَمُ مِنْهُ ، فَعُدْتُ لِمَقَالَتِي وَعَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ : يَا سَعْدُ ، إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ وَغَيْرُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْهُ خَشْيَةَ أَنْ يَكُبَّهُ اللَّهُ فِي النَّارِ


Daripada Sa'd bin Malik RA, katanya: Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sedang membahagikan zakat kepada sekelompok manusia, dan ketika itu aku duduk berdekatan baginda. Tetapi aku lihat Rasulullah tidak memberikan zakat itu kepada seorang lelaki ini, sedangkan setahu aku, dia adalah yang terbaik dalam kelompok itu. Maka aku pun bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau tidak memberikannnya kepada si fulan itu? Demi Allah, aku menganggapnya sebagai seorang Mukmin (yang beriman). Jawab baginda:

(( Atau dia seorang Muslim )) (Memanggil seseorang itu Muslim adalah lebih mudah berbanding Mukmin kerana Mukmin itu bererti seseorang yg percaya, dan perkara itu adalah sukar untuk dinilai dengan zahir. Berbanding istilah Muslim, seseorang itu dikatakan Muslim melalui perbuatannya, iaitu apabila dia melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, yang mana ia boleh dinilai melalui zahir)

Aku (Sa'd RA) terdiam sebentar, namun apa yang aku tahu tentang lelaki itu (sebagai seorang yang terbaik dalam kelompok itu) telah menyebabkan aku mengulangi semula pertanyaan tadi. (Aku pun bertanya): kenapa engkau tidak memberikannya kepada si fulan itu? Demi Allah, aku menganggapnya sebagai seorang Mukmin (yang beriman). Jawab baginda:

(( Atau dia seorang Muslim ))

Aku terdiam lagi. Namun, sekali lagi, apa yang aku tahu tentang lelaki itu telah mendesakku untuk mengulangi pertanyaan tadi kepada Rasulullah. Jawab baginda:

(( Wahai Sa'd, sesungguhnya aku memberi (zakat) kepada seseorang sedangkan ketika itu ada orang lain yang lebih aku suka (tetapi aku tidak memberinya), adalah untuk menjaganya, agar jangan sampai dia (orang yang menerima zakat itu) dicampak ke dalam Neraka. ))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan