عن النُّعْمَان بْنَ بَشِيرٍ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ ، وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ، فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى ، أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Daripada Nu'man bin Basyir RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah sollallah alaihi wasallam bersabda:
(( Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan perkara yang haram juga jelas, manakala perkara di antara halal dan haram itu pula adalah musyabbahat (yang meragukan, samar-samar), dan ramai orang tidak tahu tentang hukumnya. Maka, barangsiapa yang menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang musyabbahat itu, bererti dia telah memelihara agama dan maruahnya. Dan barangsiapa yang melakukan perkara yang musyabbahat, maka dia umpama seorang penggembala yang sedang menggembala binatang ternakannya sangat hampir dengan kawasan larangan (kawasan milik orang lain), bila-bila masa sahaja ternakannya bisa masuk (tanpa disedari) ke kawasan itu.
(Beringatlah!) sesungguhnya setiap raja ada kawasan larangannya (yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa), dan bagi Allah, perkara-perkara yang telah diharamkanNya itulah kawasan laranganNya.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya di dalam setiap tubuh ada seketul daging, jika ia sihat, maka sihatlah seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah, seketul daging itu adalah jantung. ))
p.s. alQalb adalah jantung dan bukan hati. untuk perbahasan lanjut tentang isu ini, sila klik sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan