عن طَلْحَة بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ يَقُولُ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ يُسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلَا يُفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا ، فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنِ الْإِسْلَامِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ ، فَقَالَ : هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا ؟ قَالَ : لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَصِيَامُ رَمَضَانَ ، قَالَ : هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ ؟ قَالَ : لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ ، قَالَ : وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ ، قَالَ : هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا ؟ قَالَ : لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ ، قَالَ : فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ : وَاللَّهِ لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلَا أَنْقُصُ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ
Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, katanya: Seorang lelaki dari Najd telah datang kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam, dan kelihatan kepalanya penuh berdebu (kerana berjalan jauh). Kami (para sahabat yang ada ketika itu) mendengar suaranya akan tetapi ia tidak jelas dan kami tidak dapat memahaminya. Kemudian dia mendekatkan dirinya kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dan ketika itu barulah kami mengerti bahawa dia sedang bertanyakan tentang Islam. Maka jawab Rasulullah sollallahu alaihi wasallam:
(( Solat lima waktu sehari semalam.))
Lelaki itu bertanya: Adakah solat selain itu (yang wajib untuk aku lakukan)? Jawab Rasulullah sollallahu alaihi wasallam:
(( Tiada, melainkan jika kamu mahu mengerjakan solat sunat, (maka kamu boleh lakukan).))
Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam lagi:
(( Dan berpuasa dalam bulan Ramadhan. ))
Lelaki itu bertanya: Adakah puasa selain itu (yang wajib aku lakukan)? Jawab Rasulullah sollallahu alaihi wasallam:
(( Tiada, melainkan jika kamu ingin berpuasa sunat, (maka kamu boleh lakukan). ))
Sambung Rasulullah sollallahu alaihi wasallam lagi:
(( Dan membayar zakat. ))
Lelaki itu bertanya: Adakah selain itu (yang harus aku lakukan)? Jawab Rasulullah sollallahu alaihi wasallam:
(( Tiada, melainkan jika kamu ingin bersedeqah, (maka kamu boleh lakukan). ))
Seterusnya (Talhah) menyambung: Kemudian lelaki itu berundur untuk pergi sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah (apa-apa amalan selain yang wajib ke atasku yang telah disebut oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam), dan tidak pula aku akan menguranginya!
(Selepas mendengar kata-kata lelaki itu), Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:
(( Sungguh, dia akan berjaya (ke syurga) sekiranya dia menepati kata-katanya itu. ))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan