Selasa, 2 Ogos 2011

BAB: ILMU hadith no. 62

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، أَنَّهُ قَالَ : " أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الِاحْتِلَامَ ، وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ ، فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ فَأَرْسَلْتُ الْأَتَانَ تَرْتَعُ ، وَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ فَلَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ عَلَيَّ

Daripada Ibnu Abbas RA, katanya:

"Aku telah datang (ke Mina) dengan menaiki keldai betina, dan ketika itu aku hampir baligh. Ketika itu juga Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sedang mengimamkan solat di Mina dengan tiada dinding di hadapan baginda. Aku melintasi di hadapan beberapa saf, dan melepaskan ikatan keldai ku untuk ia pergi makan rumput. Lantas aku masuk ke dalam saf dan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tidak menegah perbuatanku itu (melintas di hadapan saf). "


Rasulullah sollallahu alaihi wasallam tidak menegah Ibnu Abbas melintas di hadapan saf yang tidak ada sutrah/ penghadang kerana waktu itu Ibnu Abbas masih belum baligh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan