Khamis, 21 Julai 2011

BAB: ILMU hadith no. 58

قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، سَمِعْتُ مُعَاوِيَةَ خَطِيبًا ، يَقُولُ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ ، وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللَّهُ يُعْطِي ، وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ


Humaid bin Abdurrahman RA berkata: Ketika Mu'awiyah menyampaikan khutbah, aku ada mnedengar dia berkata:

"Aku mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(( Jika Allah ingin memberi kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan memberinya dalam bentuk kefahaman mendalam tentang hal-hal agama. Sesungguhnya aku ini hanyalah Qasim (yang membahagikan- hanya menyampaikan ilmu kepada manusia) sedangkan Allah lah yang akan memberi (membuat seseorang itu memahami ilmu yang diterima.) Dan ingatlah, bahawa selama mana umat ini menegakkan agama Allah, tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menjatuhkan mereka, dan hal ini akan berterusan sehingga tiba hari Qiamat. ))

Tiada ulasan:

Catat Komen