Rabu, 20 Julai 2011

BAB: ILMU hadith no. 57

عَنْ أَبِي وَائِلٍ ، قَالَ : " كَانَ عَبْدُ اللَّهِ يُذَكِّرُ النَّاسَ فِي كُلِّ خَمِيسٍ ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ : يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، لَوَدِدْتُ أَنَّكَ ذَكَّرْتَنَا كُلَّ يَوْمٍ ، قَالَ : أَمَا إِنَّهُ يَمْنَعُنِي مِنْ ذَلِكَ أَنِّي أَكْرَهُ أَنْ أُمِلَّكُمْ ، وَإِنِّي أَتَخَوَّلُكُمْ بِالْمَوْعِظَةِ كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُنَا بِهَا مَخَافَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا


Daripada Abu Waail RA, katanya: Abdullah (ibn Umar) menyampaikan tadzkirah kepada sekumpulan jemaah pada setiap hari Khamis. Seorang lelaki berkata kepadanya:

"Wahai Abu 'Abdurrahman, aku lebih suka seandainya engkau memberi tadzkirah kepada kami pada setiap hari."

Jawab Abdullah: "Sesungguhnya satu-satunya perkara yang menghalangku berbuat seperti apa yang engkau inginkan itu adalah kerana aku tidak mahu kalian cepat merasa bosan. Kerana itu aku memilih waktu tertentu untuk menyampaikan peringatan kepada kalian, sebagaimana Rasulullah sollallahu alaihi wasallam memilih waktu tertentu untuk kami (para sahabat), gara-gara tidak mahu kami merasa bosan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan